Program Advokasi SMK Suai 2019

27 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Sibuti dengan kerjasama Pusat Internet kawasan Miri telah mengadakan Program Advokasi bersama pelajar sekolah SMK Suai. Objektif utama program ini adalah untuk berkongsi pengetahuan dan memberikan pendedahan berkenaan KDB dan advokasi. Peserta didedahkan dengan topik perkongsian maklumat di laman sosial secara berlebihan melalui taklimat dan tayangan video.

Pada masa yang sama, para peserta juga turut didedahkan dengan program eKelas yang ditawarkan di pusat internet. Program tersebut diadakan di Dewan Serbaguna SMK Suai dan telah berlangsung selama dua jam. Program ini juga telah dibantu oleh staf pusat internet kawasan Miri. Seramai 1166 orang peserta yang telah menyertai program ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali