Kelas Online Grooming & Kata Laluan Kukuh

04 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Sibuti telah mengadakan Kelas Online Grooming dan Kata Laluan Kukuh dengan kerjasama Sukarelawan MIV PI Sibuti yang telah dihadiri oleh Puan Hashimah Hashim dari SKMM serta rombongan. Penganjuran kelas tersebut telah berjaya mendidik peserta untuk mengetahui bahayanya perkenalan di internet melalui online grooming.

Dalam pada masa yang sama para peserta juga diajar teknik-teknik membuat kata laluan yang kukuh dan unik. Oleh itu, para peserta dapat memahami etika dan meningkatkan tanggungjawab perserta dalam penggunaan internet. Kelas tersebut diadakan di bilk latihan PI Sibuti dan telah berlangsung selama dua jam. Seramai 18 orang peserta yang juga merupakan ahli berdaftar PI telah turut serta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali