Aktiviti Kemerdekaan: Membuat Kolaj

25 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Sibuti telah mengadakan aktiviti kemerdekaan yang berkonsepkan membuat kolaj untuk kanak-kanak yang berusia 6 hingga 12 tahun. Tujuan utama pertandingan tersebut adalah untuk menyemai semangat patriotik pada usia muda. Secara dasarnya pertandingan ini berteraskan pendidikan dimana aspek seni kolaj diketengahkan. Rata-rata peserta sudah mahir menggunakan teknik berkenaan.

Namun, untuk mengasah lagi kemahiran mereka, tenaga pengajar telah menggunakan aplikasi You Tube untuk menerangkan dan menunjukkan teknik kolaj yang lebih mudah dan kemas. Pada masa yang sama, para peserta juga didedahkan dengan KDB dan advokasi melalui tayangan video. Kelas tersebut diadakan di PI Sibuti dan telah berlangsung selama dua jam. Seramai sembilan orang peserta yang juga merupakan ahli berdaftar PI telah turut serta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali