Saya dan ICT

28 Mei 2018 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Sibuti telah mengadakan kelas “Saya dan ICT” khas untuk pelajar tahun satu sehingga tahun tiga. Tujuan utama kelas berkenaan diadakan adalah untuk mendedahkan para pelajar dengan permainan pendidikan. Permainan yang terdapat dalam laman sesawang Academics.com telah digunakan untuk sesi pembelajaran berkenaan. Permainan yang telah dipilih adalah berteraskan kiraan matematik.

Selain itu, para peserta juga didedahkan mengenai komponen-komponen asas komputer seperti tetikus, pembesar suara, papan kekunci, dan sebagainya. Mereka dikehendaki untuk melukis komponen berkenaan menggunakan aplikasi Paint. Kelas tersebut diadakan di Bilik Latihan PI Sibuti dan telah berlangsung selama 3 jam. Seramai tujuh orang kanak-kanak yang juga merupakan ahli berdaftar PI telah turut serta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali