Kelas ICT: Digital Education

25 Jun 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dijalankan bertujuan untuk membantu dan meningkatkan kemahiran para pelajar khususnya pelajar sekolah dalam mencari maklumat dengan betul di internet. Para peserta didedahkan dengan komponen ringkas komputer dan maklumat berkenaan ICT. Para peserta juga diperkenalkan dengan laman sesawang yang bersesuai untuk mereka mencari maklumat.

Selain itu, para peserta juga didedahkan mengenai Klik Dengan Bijak (KDB). Beberapa video KDB akan ditayangkan disusuli dengan penerangan oleh staf pusat internet. Kelas tersebut diadakan di Bilik Latihan PI Sibuti dan telah berlangsung selama 5 jam. Seramai dua belas orang pelajar sekolah yang juga merupakan ahli berdaftar PI telah turut serta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali