Program Be Internet Awesome bersama SK Kg Kuala Sibuti

31 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Sibuti telah mengadakan program Be Internet Awesome bersama SK Kg Kuala Sibuti. Objektif utama program tersebut untuk memberi pendedahan berkenaan penggunaan internet secara bijak dan menerapkan sikap positif kepada pelajar apabila dalam talian. Pada masa yang sama, program ini juga bertujuan untuk memperkenalkan portal eKelas (tuisyen online secara percuma) kepada pelajar.

Kelas tersebut diadakan di PI Sibuti dan telah berlangsung selama dua jam. Kelas ini dikendalikan oleh staf pusat internet. Seramai 2 orang pelajar Tahun 6 yang telah menyertai program ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali