Be Internet Awesome bersama SK Beliau Isa

27 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Sibuti telah mengadakan program Be Internet Awesome bersama SK Beliau Isa, Kelulit. Objektif utama program tersebut untuk memberi pendedahan berkenaan penggunaan internet secara bijak dan menerapkan sikap positif kepada pelajar apabila dalam talian. Pada masa yang sama, program ini juga bertujuan untuk memperkenalkan portal eKelas (tuisyen online secara percuma) kepada pelajar.

Kelas tersebut diadakan di PI Sibuti dan telah berlangsung selama dua jam. Kelas ini dikendalikan oleh staf pusat internet dan dibantu oleh sukarelawan MIV PI Sibuti. Seramai 15 orang pelajar yang telah menyertai program ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali