Pameran Karnival & Himpunan Usahawan AIM 2018

26 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Sibuti dengan kerjasama Pusat Internet Niah dan Pusat Internet Bekenu telah mengadakan pameran eKelas, KDB dan advokasi di Karnival & Himpunan Usahawan AIM 2018. Objektif utama pameran tersebut adalah untuk memperkenalkan eKelas dan berkongsi tips keselamatan KDB serta advokasi.

Pada masa yang sama, pengunjung juga turut didedahkan dengan muslihat siber melalui aktiviti mengenal pasti muslihat dan penipuan di internet. Pameran tersebut diadakan di Dewan Masyarakat Bekenu dan telah berlangsung selama 5 jam. Seramai 56 orang pengunjung yang telah berkunjung ke booth pameran Pusat Internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali